Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

KENALI SMK JELAI (F) GEMAS NEGERI SEMBILAN

  • Friday 4 November 2011
  • Komuniti Felda Jelai



  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai Felda, Gemas, Negeri Sembilan terletak kira-kira 52km dari bandar Tampin dan 24km dari bandar kecil Gemas. Sekolah ini didirikan di tengah-tengah Gugusan Felda 1,2,3 dan 4. Sebelumnya di Gugusan Felda Jelai ini terdapat dua buah sekolah kebangsaan dan kini terdapat sebuah lagi sekolah kebangsaan di Jelai 3 yang dtubuhkan pada tahun 1994. Kesemua sekolah kebangsaan ini menampung jumlah pelajar yang terbanyak di seluruh Negeri Sembilan. Justeru itu, kerajaan telah mengambil langkah untuk mendirikan sebuah sekolah menengah di sini bagi menampung masalah pengangkutan pelajar-pelajar untuk bersekolah di luar Felda Jelai. Dengan terbinanya SMK Jelai (F) ini dapat memberikan pendidikan menengah kepada anak-anak peneroka disamping turut mengurangkan perbelanjaan menghantar anak-anak bersekolah di luar Felda Jelai ini.




    SMK Jelai (F) dibina pada 20 April 1987 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Jelai (F). Nama tersebut dipilih berdasarkan kedudukan sekolah ini di tengah-tengah Gugusan Felda Jelai. Jenis sekolah ini adalah Sekolah Menengah Rendah aliran atau bahasa penghantarnya Bahasa Melayu. Gerd sekolah ini ialah gred B sementara kod sekolah ini ialah NEA5056.

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...