Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

PROGRAM PEMBUDAYAAN ICT DAN KEROHANIAN BERSAMA KOMUNITI

  • Sunday 23 October 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:



  • Pada 11 FEBUARI 2011 yang lalu, adalah hari yang bersejarah bagi SMK Jelai Felda, Gemas apabila Majlis Perasmian Program Pembudayaan ICT dan Kerohanian bersama Komuniti telah berjaya disempurnakan oleh YB Dato Hjh. Zainab Bt Hj Nasir, EXCO kerajaan negeri dan ADUN Gemas. Turut hadir di dalam majlis ini adalah Tuan Hj Mad Aris, Tuan PPD Tampin, Tuan Pengerusi Felda Wilayah Raja Alias, Ustaz Zakaria Hitam, dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Tuan Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Gemas, Pengetua SMK Gemas, Guru Besar, ketua-ketua kampung, AJK Masjid, Pegawai BTP Negeri dan ibu bapa.


    Program telah dilangsungkan di Dewan SMK Jelai Felda sejak jam 8:30 pagi dan berakhir sekitar jam 12:30 tengahari. Sepanjang program ini berlangsung, pihak JAKIM dan RTM telah merakamkan setiap aktiviti yang dijalankan untuk dimuatkan di dalam program Persada Jurnal di RTM TV1. Selain itu, program ini juga merangkumi beberapa aktiviti atau program kecil iaitu, Program Imarah Masjid melalui ICT, Program Kerohanian/BADAR, Program kelas UIAM, Program Thinkquest, Program Kedai Kek dan Roti PPKI.

    Program ini mempunyai objektif utama iaitu : 
    1. Merapatkan hubungan sekolah dan komuniti melalui program koloberasi.
    2. Sekolah menyumbang kepakaran untuk kesejahteraan komuniti terutamanya di dalam IT dan Kerohanian sebagai satu khidmat kemasyarakatan.
    3. Memajukan pengurusan masjid melalui ICT.
    4. Melatih AJK masjid di Felda ini dengan kemahiran ICT/internet.
    5. Mendekatkan pelajar kepada masjid melalui pengaksesan internet di masjid dan AJK ICT dan rakan ICT masjid.
    6. Membentuk sahsiah terpuji pelajar berasaskan budaya Islam.
    7. Membentuk budaya dan senario baru dikalangan pelajar dan remaja Felda melalui konvoi ke masjid.
    8. Memodenkan pentadbiran dan pengurusan masjid terutamanya berkaitan ICT.
    9. Menyumbang ke arah kerjaya di kalangan pelajar lepasan PPKI.

    Pihak RTM juga merakamkan program dan aktiviti masyarakat di Felda Jelai ini terutamanya masjid, majlis kenduri masyarakat di sini dalam usaha memaparkan hubungan kerjasama yang terjalin di sini. Ini merupakan satu peluang bagi sekolah dan masyarakat mempromosikan Felda Jelai ini di samping mengikis segala unsur negatif yang dipaparkan selama ini.




    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...