Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Belia Felda Jelai

  • Friday 21 October 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:
  • BELIA DI FELDA
    • Maksud Belia adalah generasi muda di 278 rancangan FELDA di seluruh negara yang berumur 16 ke 40 tahun. Mereka juga termasuk dalam istilah generasi kedua atau ketiga atau generasi baru yang mesti dibela dan diperkasa yang menjadi misi dan teras ketiga dalam perjuangan 50 tahun FELDA akan datang. Anggaran jumlah belia di Felda Jelai ialah seramai 3000 orang. Anggaran jumlah belia di seluruh FELDA pula ialah seramai 333 832 orang. Namun yang berdaftar sebagai ahli persatuan belia setakat 65% iaitu 217 694 orang. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Felda bagi memastikan golongan ini berada pada landasan yang betul dan tidak terjerumus ke arah gejala sosial yang tidak sihat. Tidak dapat disangsikan lagi terdapat ramai daripada golongan ini yang telah menjawat jawatan besar dalam kerajaan dan swasta. Di Felda Jelai 2, persatuan belia ditubuhkan pada 29 Julai 2008 yang bercawangan bersama Majlis Belia Felda wilayah Raja Alias dan Malaysia. Generasi kedua Felda jelai 2 menyertai persatuan sambil menyumbang tenaga dan idea terbaik untuk pembangunan persatuan disamping menjaga keajikan sesama ahli persatuan.

    PERSATUAN BELIA DI RANCANGAN FELDA

    Terdapat 305 persatuan belia di 278 FELDA di seluruh negara. Status persatuan adalah pelbagai. Banyak yang aktif dan ada yang hidup segan mati tak mahu. Perkara penting tersimpul dalam 4K yang perlu dilakukan oleh persatuan belia iaitu :

    • Kepimpinan perlu dimantapkan. Pemimpin yang tidak dapat meluangkan masa wajar memberikan tempat kepada pemimpin yang lain. Anak peneroka yang berpendidikan dan berminat, wajar diberi tempat dan jangan disisihkan
    • Kegiatan perlu ditambah dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Aktiviti perlu sesuai dan berkesan termasuk yang melibatkan aktiviti penjanaan sosio-ekonomi. Contohnya, persatuan yang menang anugerah pembangunan ekonomi dalam ABFM 2007 melaksanakan contohnya 15 projek ekonomi yang berlainan dan agak berjaya.
    • Kesepakatan persatuan belia dengan agensi lain seperti Seranta, KEMAS, JASA. Kementerian Belia dan Sukan, RELA JPA3, UMNO, NGO yang lain akan memberikan jaringan yang kuat.
    • Kewangan yangselalu ditimbulkan bukanlah masalah besar semua pihak bekerjasama dengan baik. Ada syarikat tertentu kerajaan pusat dan negeri yang boleh membantu. Belia perlu kreatif mencari sumber kewangan.


    AKTIVITI-AKTIVITI BELIA DI FELDA JELAI
    • Pihak Felda telah mengadakan pelbagai aktiviti kerohanian, sukan, ekonomi dan juga politik kepada belia di Felda Jelai. Belia disini telah bergiat aktif dalam aktiviti konvoi bersama-sama dengan Masjid Jelai 1,2,3 dan 4. Konvoi sebanyak 53 buah motosikal dan 3 biji kereta yang bermula di Surau Al-Hidayah di SMK Jelai (F) pada pukul 6 petang dan bergerak secara berkumpulan ke masjid-masjid Jelai yang lain di Felda ini . Di sini, belia dapat bertemu dengan Jawatankuasa Masjid Jelai dan lain-lain. Selain itu, program-program lain seperti bacaan Yaasin, solat hajat, majlis tahlil dan doa selamat, tadarus, khatam Al-Quran, dan tazkirah juga diadakan untuk belia disini.
    • Selain itu, pihak Felda juga mengadakan aktiviti lain kepada belia disini seperti program konvoi transformasi belia, Forum Kecemerlangan Diri, pameran, karnival, pertandingan untuk belia dan sebagainya.

      0 comments:

      Post a Comment

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...