Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

PEMBINAAN BLOG MASJID-MASJID FELDA JELAI

  • Tuesday 25 October 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:


  • Lanjutan daripada keputusan mesyuarat bersama AJK Masjid-masjid di sekitar gugusan Jelai Felda tempoh hari, blog-blog berkenaan telah pun terbentuk. Walaupun masih di peringkat awal dengan menyediakan header dan organisasi blog masjid berkenaan , namun usaha ini patut dipuji. Tahniah kepada blogger muda SMK Jelai Felda yang berani menyahut cabaran dan menyumbang tenaga dan idea bagi menyediakan blog dan menguruskannya selepas ini.

    Ini adalah salah satu usaha kita dalam membentuk modal insan yang berguna kepada sekolah dan masyarakat. Pelajar-pelajar dilatih bukan semata-mata untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kepentingan diri mereka, namun mampu pula menyumbang dan menyebarluaskan ilmu yang diperolehi untuk kesejahteraan masyarakat. Tahniah juga kepada guru-guru , terutamanya En. Noorhaslin, Cik Marniemariam dan Cik Shafadan Tuan Syed Nasir, yang begitu pro-aktif melaksanakan segala idea tentang pembangunan ICT di sekolah ini.


    Hal ini sebenarnya selari dengan hasrat KPM mewujudkan sekolah Berprestasi Tinggi. Antara cirinya ialah sekolah yang ada menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Kepakaran dan kemudahan yang kita ada di dalam ICT, haruslah dimanfaatkan seluruhnya.


    InsyaAllah, dijangkakan pada awal Mei 2010 ini akan diadakan kursus ICT dan Maklumat kepada semua AJK masjid gugusan Jelai Felda ini. Pemasangan streamyx kepada semua masjid , sedang dilaksanakan dan akhirnya nanti, seluruh masjid ini akan mempunyai jaluran internet dan WIFI. Hasrat akhirnya ialah untuk melihat fungsi masjid bukan sekadar tempat ibadat tetapi sebagai pusat ilmu dan maklumat. Anggota masyarakat juga diharapkan agar menjadikan masjid sebagai pusat tumpuan untuk melayari internet, khususnya kepada para pelajar. Saya pasti, manfaat ini akan digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar-pelajar dan unsur negatif dapat dihindarkan. Akhirnya, diharapkan para pelajar dan remaja dapat mendekatkan diri dengan masjid.

    Logo FELDA

  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:
  •  

    Sejarah Penubuhan Felda

  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:


  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956.


    Tujuan Penubuhan
    • Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
    • Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial,pertanian,penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
    • Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
    • Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan,pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA. 



    PROGRAM PEMBUDAYAAN ICT DAN KEROHANIAN BERSAMA KOMUNITI

  • Sunday 23 October 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:



  • Pada 11 FEBUARI 2011 yang lalu, adalah hari yang bersejarah bagi SMK Jelai Felda, Gemas apabila Majlis Perasmian Program Pembudayaan ICT dan Kerohanian bersama Komuniti telah berjaya disempurnakan oleh YB Dato Hjh. Zainab Bt Hj Nasir, EXCO kerajaan negeri dan ADUN Gemas. Turut hadir di dalam majlis ini adalah Tuan Hj Mad Aris, Tuan PPD Tampin, Tuan Pengerusi Felda Wilayah Raja Alias, Ustaz Zakaria Hitam, dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Tuan Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Gemas, Pengetua SMK Gemas, Guru Besar, ketua-ketua kampung, AJK Masjid, Pegawai BTP Negeri dan ibu bapa.


    Program telah dilangsungkan di Dewan SMK Jelai Felda sejak jam 8:30 pagi dan berakhir sekitar jam 12:30 tengahari. Sepanjang program ini berlangsung, pihak JAKIM dan RTM telah merakamkan setiap aktiviti yang dijalankan untuk dimuatkan di dalam program Persada Jurnal di RTM TV1. Selain itu, program ini juga merangkumi beberapa aktiviti atau program kecil iaitu, Program Imarah Masjid melalui ICT, Program Kerohanian/BADAR, Program kelas UIAM, Program Thinkquest, Program Kedai Kek dan Roti PPKI.

    Program ini mempunyai objektif utama iaitu : 
    1. Merapatkan hubungan sekolah dan komuniti melalui program koloberasi.
    2. Sekolah menyumbang kepakaran untuk kesejahteraan komuniti terutamanya di dalam IT dan Kerohanian sebagai satu khidmat kemasyarakatan.
    3. Memajukan pengurusan masjid melalui ICT.
    4. Melatih AJK masjid di Felda ini dengan kemahiran ICT/internet.
    5. Mendekatkan pelajar kepada masjid melalui pengaksesan internet di masjid dan AJK ICT dan rakan ICT masjid.
    6. Membentuk sahsiah terpuji pelajar berasaskan budaya Islam.
    7. Membentuk budaya dan senario baru dikalangan pelajar dan remaja Felda melalui konvoi ke masjid.
    8. Memodenkan pentadbiran dan pengurusan masjid terutamanya berkaitan ICT.
    9. Menyumbang ke arah kerjaya di kalangan pelajar lepasan PPKI.

    Pihak RTM juga merakamkan program dan aktiviti masyarakat di Felda Jelai ini terutamanya masjid, majlis kenduri masyarakat di sini dalam usaha memaparkan hubungan kerjasama yang terjalin di sini. Ini merupakan satu peluang bagi sekolah dan masyarakat mempromosikan Felda Jelai ini di samping mengikis segala unsur negatif yang dipaparkan selama ini.




    KURSUS ICT KEPADA AJK MASJID GUGUSAN FELDA JELAI

  • Saturday 22 October 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:


  • Kursus ini telah diadakan pada 5 May 2010 yang berlangsung di makmal komputer SMK Jelai Felda. Ia melibatkan semua AJK masjid di Felda Jelai dan dianggarkan seramai 40 peserta yang terdiri daripada 10 orang AJK dari setiap masjid di Felda ini akan menghadiri kursus berkenaan. Kursus ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang di dalam Program Imarah Masjid melalui ICT yang dianjurkan oleh SMK Jelai Felda dengan kerjasama semua masjid di Felda ini, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Felda Wilayah dan NGO Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para AJK masjid untuk membolehkan mereka mengakses maklumat dari internet dan juga melalui laman blog setiap masjid yang sedang dalam proses menyiapkannya, serta daripada web atau blog MAINS dan Jabatan Agama Islam. Secara tidak langsung, para AJK akan dapat memantau perjalanan blog dan dapat memberikan input untuk dimuatkan dalam blog masjid mereka. SMK Jelai Felda juga bertindak sebagai penyelaras program terutama dalam memberikan latihan dan membantu menyediakan prasarana bagi menjayakan program ini. Diharapkan usaha ini mendapat sambutan daripada setiap AJK masjid di sini.

    KONVOI KE MASJID 2011- MASJID JELAI 4

  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:


  • Pada 11 Febuari 2011 berlangsunglah Program Konvoi Ke Masjid bagi tahun 2011 ini. Pada kali ini konvoi akan mengadakan program bersama-sama dengan Masjid Jelai 4 yang turut disertai oleh Belia Felda Jelai.. Konvoi sebanyak 53 buah motosikal dan 3 kereta bermula di Surau Al Hidayah, SMK Jelai Felda, pada jam 6.00 petang dan bergerak secara kumpulan ke Masjid Jelai 3. Di sana anggota konvoi dapat bertemu dengan Jawatankuasa Masjid Jelai 3 selama 5 minit. Konvoi seterusnya bergerak ke Masjid Jelai 1, 2 dan berakhir di Masjid Jelai 4. 


    Di Masjid Jelai 2, anggota konvoi bertemu dan bersalaman dengan jawatankuasa masjid yang diketuai oleh Tuan Imam 2, Tn. Hj. Baharuddin. Tuan Hj. Baharuddin adalah salah seorang jawata nkuasa masjid yang aktif menyertai kursus ICT di bawah Program Imarah Masjid.


    Di Masjid Jelai 4, anggota konvoi sempat bergambar beramai-ramai sementara menanti masuknya waktu maghrib. Sambil itu temuramah bersama Pengetua dan 2 orang anggota BADAR sekolah telah diadakan di sana. Program pada malam itu diteruskan dengan solat maghrib, bacaan yasin, solat isyak, solat hajat dan tazkirah oleh ustaz Khir yang baru balik di Mesir..
    Sepanjang konvoi berlangsung, rakaman pergerakan konvoi telah dibuat oleh RTM 1 bagi tujuan slot di TV 1 iaitu PERSADA JURNAL. 


    Alhamdulillah..program berjalan dengan lancar dan meriah. 
    Pada malam itu juga YB Dato Hjh Zainab binti Nasir, EXCO dan ADUN Gemas, telah membuat kunjungan mengejut ke masjid Jelai 4. Beliau telah turut sama menunaikan solat Isyak dan solat hajat serta Tazkirah dan jamuan makan malam .

    Koperasi Peneroka Felda Jelai

  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:

  • MISI & VISI 
    KPF mempunyai MISI untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan anggota dan meningkatkan nilai pelaburan mereka dalam syarikat FELDA. Berusaha untuk menggiatkan dan menggalakkan penyimpanan wang anggota melalui penyediaan kemudahan pelaburan Mengamalkan tadbir urus koperasi yang baik, cekap, bermotivasi dan telus.


    OBJEKTIF
    • Menggiat dan menggalakkan penyimpanan wang oleh anggota-anggota.
    • Mengadakan kemudahan-kemudahan simpanan dan aktiviti pelaburan yang diuruskan secara profesional.
    • Meninggikan taraf ekonomi anggota hasil daripada kegiatan simpanan dan pelaburan.
    • Menjana pulangan yang konsisten, stabil lagi baik melalui usaha-usaha pelaburan.

    KEISTIMEWAAN MELABUR DI DALAM KPF
    • Pulangan stabil dan menguntungkan menerusi pelaburan dalam aktiviti syarikat-syarikat kumpulan Felda yang berkembang pesat.
    • Pelaburan selamat kerana dikendalikan oleh tenaga pengurusan profesional.
    • Pelaburan mudah dan boleh dibuat melalui potongan gaji dan pembelian tunai.
    • KPF membayar zakat perniagaan.

    Untuk maklumat lanjut,sila klik link dibawah ini:
          Koperasi Peneroka Felda



    Lokasi Felda Jelai

  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:


  • Empat Gugusan FELDA Jelai

  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:


  • FELDA Jelai mempunyai empat gugusan FELDA iaitu FELDA Jelai 1, FELDA Jelai 2, FELDA Jelai 3 dan FELDA Jelai 4, Setiap gugusan FELDA Jelai mempunyai aktiviti kemasyarakatan dan kesukanan yang dianjurkan oleh setiap ketua blok yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Kebanyakan peneroka di FELDA Jelai mengutamakan aspek kejiranan dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana semangat kejiranan adalah asas yang paling penting untuk membentuk peneroka FELDA Jelai hidup bersatu padu dan saling membantu.
    Peneroka FELDA Jelai sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukanan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Rancangan (JKKR). Aktiviti sukan yang diadakan seperti pertandingan bola sepak dan badminton dapat mengeratkan hubungan antara peneroka di Gugusan FELDA Jelai. Selalunya, dewan JKKR FELDA Jelai menjadi tempat warga peneroka berkumpul untuk bermesyuarat dan merancang aktiviti dan program tahunan. Aktiviti sukan dan kemasyarakatan merupakan acara tahunan yang diadakan saban tahun dengan harapan peneroka dan JKKR dapat bersatu-padu dalam memupuk sifat kejiranan.

    Belia Felda Jelai

  • Friday 21 October 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:
  • BELIA DI FELDA
    • Maksud Belia adalah generasi muda di 278 rancangan FELDA di seluruh negara yang berumur 16 ke 40 tahun. Mereka juga termasuk dalam istilah generasi kedua atau ketiga atau generasi baru yang mesti dibela dan diperkasa yang menjadi misi dan teras ketiga dalam perjuangan 50 tahun FELDA akan datang. Anggaran jumlah belia di Felda Jelai ialah seramai 3000 orang. Anggaran jumlah belia di seluruh FELDA pula ialah seramai 333 832 orang. Namun yang berdaftar sebagai ahli persatuan belia setakat 65% iaitu 217 694 orang. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Felda bagi memastikan golongan ini berada pada landasan yang betul dan tidak terjerumus ke arah gejala sosial yang tidak sihat. Tidak dapat disangsikan lagi terdapat ramai daripada golongan ini yang telah menjawat jawatan besar dalam kerajaan dan swasta. Di Felda Jelai 2, persatuan belia ditubuhkan pada 29 Julai 2008 yang bercawangan bersama Majlis Belia Felda wilayah Raja Alias dan Malaysia. Generasi kedua Felda jelai 2 menyertai persatuan sambil menyumbang tenaga dan idea terbaik untuk pembangunan persatuan disamping menjaga keajikan sesama ahli persatuan.

    PERSATUAN BELIA DI RANCANGAN FELDA

    Terdapat 305 persatuan belia di 278 FELDA di seluruh negara. Status persatuan adalah pelbagai. Banyak yang aktif dan ada yang hidup segan mati tak mahu. Perkara penting tersimpul dalam 4K yang perlu dilakukan oleh persatuan belia iaitu :

    • Kepimpinan perlu dimantapkan. Pemimpin yang tidak dapat meluangkan masa wajar memberikan tempat kepada pemimpin yang lain. Anak peneroka yang berpendidikan dan berminat, wajar diberi tempat dan jangan disisihkan
    • Kegiatan perlu ditambah dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Aktiviti perlu sesuai dan berkesan termasuk yang melibatkan aktiviti penjanaan sosio-ekonomi. Contohnya, persatuan yang menang anugerah pembangunan ekonomi dalam ABFM 2007 melaksanakan contohnya 15 projek ekonomi yang berlainan dan agak berjaya.
    • Kesepakatan persatuan belia dengan agensi lain seperti Seranta, KEMAS, JASA. Kementerian Belia dan Sukan, RELA JPA3, UMNO, NGO yang lain akan memberikan jaringan yang kuat.
    • Kewangan yangselalu ditimbulkan bukanlah masalah besar semua pihak bekerjasama dengan baik. Ada syarikat tertentu kerajaan pusat dan negeri yang boleh membantu. Belia perlu kreatif mencari sumber kewangan.


    AKTIVITI-AKTIVITI BELIA DI FELDA JELAI
    • Pihak Felda telah mengadakan pelbagai aktiviti kerohanian, sukan, ekonomi dan juga politik kepada belia di Felda Jelai. Belia disini telah bergiat aktif dalam aktiviti konvoi bersama-sama dengan Masjid Jelai 1,2,3 dan 4. Konvoi sebanyak 53 buah motosikal dan 3 biji kereta yang bermula di Surau Al-Hidayah di SMK Jelai (F) pada pukul 6 petang dan bergerak secara berkumpulan ke masjid-masjid Jelai yang lain di Felda ini . Di sini, belia dapat bertemu dengan Jawatankuasa Masjid Jelai dan lain-lain. Selain itu, program-program lain seperti bacaan Yaasin, solat hajat, majlis tahlil dan doa selamat, tadarus, khatam Al-Quran, dan tazkirah juga diadakan untuk belia disini.
    • Selain itu, pihak Felda juga mengadakan aktiviti lain kepada belia disini seperti program konvoi transformasi belia, Forum Kecemerlangan Diri, pameran, karnival, pertandingan untuk belia dan sebagainya.

      PIBG sekolah

    • Thursday 20 October 2011
    • Komuniti Felda Jelai
    • Labels:
    • Peranan PIBG

      i)Mewujudkan pendidikan yang berkualiti di dalam sekolah
      ii)Merupakan orang tengah diantara  guru dan penjaga
      iii)Membantu menghurai masalah diantara ibu bapa pelajar dengan guru
      v)Menjadikan sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah

      viMenjadikan PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap sekolah.
      vii)PIBG  berperanan sebagai pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah.
      viii)PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di sekolah, misalnya gotong-royong menyiapkan bangunan tambahan, membina Taman Sains sekolah dan sebagainya.
      TUGAS PIBG

      i)   Memberi perkhidmatan untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam meningkatkan imej sekolah
       ii)  Membantu sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid dalam kegiatan mereka
      iii)  Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru untuk sama-sama memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka
      v)  Membolehkan ibu bapa dan guru bersama-sama berusaha menambah kewangan Sekolah
      iv)) Membolehkan ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan



      Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di Felda Jelai

    • Sunday 16 October 2011
    • Komuniti Felda Jelai
    • Labels:
    • APA ITU GPW?

      • Gerakan Persatuan Wanita (GPW) adalah persatuan wanita yang paling aktif dan dianggotai oleh kesemua penerokawati di Felda. GPW ini diwujudkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Tujuan penubuhan GPW ini adalah untuk membolehkan penerokawati juga terlibat dalam pembangunan Felda dan ianya juga menunjukkan bahawa wanita juga tidak ketinggalan dalam memajukan Felda ini.


      BILA GPW DITUBUHKAN? 

      • GPW telah diwujudkan sejak penduduk mula menetap di Felda Jelai kira-kira 20 tahun yang lalu. 

      APA PERANAN GPW?

      • Gerakan Persatuan Wanita (GPW) ini membantu dan menghantar para ibu tunggal mengikuti kursus untuk membaiki ekonomi keluarga dalam bidang industri kecil dan menderma wang kepada anak-anak yatim yang terdapat dalam Felda Jelai ini setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mereka juga turut mengadakan kumpulan nasyid perempuan dewasa. GPW ini juga terlibat secara langsung serta membantu Badan Agama dan masjid untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

      AKTIVITI-AKTIVITI GPW :

      • GPW juga banyak menganjurkan aktiviti yang berkaitan dengan wanita di Felda. Dalam meningkatkan pengetahuan agama di kalangan wanita, kelas agama turut diadakan seperti kelas tafsir Al-Quran, marhaban, berzanji dan tadarus. Marhaban dan berzanji selalunya dianggotai seramai 30 orang dan selalunya diadakan di dalam majlis keramaian dan majlis perkahwinan. Selain itu, majlis bacaan Yaasin turut diadakan pada setiap malam Jumaat yang diadakan di surau, masjid dan juga dibuat dari blok ke blok oleh golongan wanita Felda di Jelai. GPW juga terlibat dengan beberapa aktiviti kemasyarakatan seperti membersih dan menceriakan kawasan Felda Jelai, senamrobik dan sebagainya yang juga menjadi aktiviti utama golongan wanita di Felda Jelai ini.
      • GPW juga melakukan aktiviti menambah ekonomi seperti membantu seorang pengusaha membuat kuih bahulu. Proses membuat bahulu ini diadakan pada setiap hari. Perusahaan ini diadakan seawal jam 6.00 pagi sehingga 1.00 petang. Mereka membuat kuih bahulu tersebut sebanyak 4000 biji dalam masa sehari. Harga bagi sebungkus kuih bahulu mengandungi 50 biji yang dijual sekitar RM6.50 sebungkus.
      • GPW juga membantu menyediakan makanan untuk setiap aktiviti yang dijalankan di Felda Jelai, mengikuti kelas memasak, mengadakan lawatan sosial ke setiap blok, dan mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak di Felda Jelai, kem jati diri dan motivasi pelajar turut diadakan.


      AKTIVITI LAIN GPW :

      • Mesyuarat AJK Gerakan Persatuan Wanita.
      • Membuat lawatan warga emas, keuzuran dan kebajikan
      • Mengadakan ceramah agama setiap minggu
      • Mengadakan kelas-kelas bimbingan untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan
      • Menganjurkan sambutan Hari Wanita pada setiap tahun
      • Menghantar ahli-ahli berkursus atau seminar yang berkaitan dengan pembangunan wanita.

      INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DI FELDA JELAI

    • Komuniti Felda Jelai
    • Labels:

    • 1.    APA ITU IKS?

      IKS ini merupakan industri yang bertaraf tempatan. Skala operasinya kecil berbanding dengan industri multinasional yang besar. Mengikut SMIDEC sebuah syarikat dengan pusingan jualan tahunan tidak melebihi RM 25 juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

      ·       INDUSTRI kecil dan sederhana (IKS) berfungsi penting mengukuhkan asas industri negara. Sebagai mukadimah kepada negara industri dan mengelak pergantungan kepada sensitiviti ekonomi global, IKS perlu dimajukan secara bersepadu dan menyeluruh, apa lagi dalam hubungan pengukuhan ekonomi jangka panjang.




      2.    PERANAN DAN SUMBANGAN IKS


      • Menjadi teras proses perindustrian negara
      •  Menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor perindustrian. 
      • Meningkatkan daya saing negara.
      • Pada keseluruhannya, IKS memainkan peranan yang penting dan mencapai Wawasan 2020.


      3. MASALAH IKS
      •  Kekurangan Modal dan Pembiayaan
      • Produktiviti dan Teknologi yang rendah
      • Kekurangan Bahan Mentah
      • Masalah Pemasaran
      • Masalah Pengurusan
      • Masalah Lokasi
      • Hubung jalin dengan Industri Besar


      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...