Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

PROJEK EBAY 1 : LAIMAN ENTERPRISE

  • Thursday 1 December 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:
  • Ini ialah di antara kerepek-kerepek yang telah dihasilkan oleh Laiman Enterprise (Pengusaha Kerepek Ubi dan Pisang). Jika anda ingin membuat tempahan atau pembelian, sila rujuk di bawah:



    Atau anda boleh beli secara online di disini:































    Tempah di sini:
    (Perhatian: Sila isi maklumat di bawah dengan tepat dan betul untuk memudahkan kami membuat transasi)

    Name:




    Email Address:




    Item Code & Quantity:




    Contact Number:




    Address:










    Projek Promosi & Pembelian secara "online"

  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:
  • Dalam menggembangkan lagi, Industri Kecil dan Sederhana di Felda Jelai ini, blog ini akan memaparkan produk yang telah dihasilkan oleh komuniti Felda Jelai dan anda boleh membuat tempahan dan pembelian secara "online" di blog ini dengan mudah. Antara IKS yang telah bekerjasama ialah : 

    • LAIMAN ENTERPRISE
    • HAINA CAKE HOUSE
    • RUHIS ENTERPRISE
    • MID PHOTOGRAPHY
    • DAN BANYAK LAGI....

    Projek ebay ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

    Pusat Jalur Lebar di Felda Jelai

  • Sunday 27 November 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:
  • Felda Jelai merupakan salah satu Felda yang maju yang juga mempunyai pelbagai kemudahan awam untuk komuniti di sini. Antaranya, ia terdapat Pusat Jalur Lebar Komuniti yang terletak di Felda Jelai 4. Pusat jalur lebar ini boleh digunakan oleh komuniti di sini untuk mencari maklumat dan menggunakan kemudahan internet dengan lebih cepat dan mudah untuk mengaksesnya. Pusat ini telah digunakan oleh ramai orang, sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Ia tidak kira peringkat umur untuk mengggunakannya kerana pusat ini boleh digunakan dengan pelbagai perkara yang berfaedah dengan melayari internet. Para pelajar di Felda Jelai ini juga boleh melayari internet dengan hanya menggunakan netbook 1 Malaysia yang mereka dapati melalui wireless dari pusat jalur lebar tersebut.








    PROGRAM KARNIVAL IKTIRAF WILAYAH RAJA ALIAS

  • Saturday 26 November 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:


  • TARIKH : 21-23 OKT. 2011
    HARI : JUMAAT-AHAD
    MASA : 8.00 PG-12.00 MALAM
    TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI FELDA JELAI KOMPLEKS



    ANJURAN :
    • MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA
    • FELDA
    • SERANTA (FELDA) JABATAN PERDANA MENTERI
    • UteM (PERSADA)
    • KENTUCKY FRIED CHICKEN (KFC)


    Di dalam Karnival Iktiraf ini, banyak aktiviti dan program yang telah dijalankan antaranya:
    • Gerai Pameran dan jualan
    • Program Jelajah Prihatin MBFM
    • Senam Seni 1 Malaysia
    • Forum Perdana ‘Iktiraf’
    • Felda Idol
    • Battle of the Band
    • Konsert Malam ‘Iktiraf’-Persembahan Artis Jemputan- Jalil Hamid & Asheed (Def Gab C)
    • Sukan Hari Ikatan Hati Warga Felda
    • Sukan antara Persatuan
    • Sukaneka
    • Kempen Derma Darah
    • Cabutan Bertuah


    Program ini juga amat meriah dan telah banyak menarik minat warga komuniti Wilayah Raja Alias khususnya Komuniti Felda Jelai untuk menyertai program ini. Program sebegini amat berguna dan harus digalakkan kerana program mampu memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Malah, program ini juga mampu menjamin kesihatan masyarakat dan menyihatkan tubuh badan dengan melakukan aktiviti sukan dan sukaneka yang telah dijalankan.  

    KENALI SMK JELAI (F) GEMAS NEGERI SEMBILAN

  • Friday 4 November 2011
  • Komuniti Felda Jelai



  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai Felda, Gemas, Negeri Sembilan terletak kira-kira 52km dari bandar Tampin dan 24km dari bandar kecil Gemas. Sekolah ini didirikan di tengah-tengah Gugusan Felda 1,2,3 dan 4. Sebelumnya di Gugusan Felda Jelai ini terdapat dua buah sekolah kebangsaan dan kini terdapat sebuah lagi sekolah kebangsaan di Jelai 3 yang dtubuhkan pada tahun 1994. Kesemua sekolah kebangsaan ini menampung jumlah pelajar yang terbanyak di seluruh Negeri Sembilan. Justeru itu, kerajaan telah mengambil langkah untuk mendirikan sebuah sekolah menengah di sini bagi menampung masalah pengangkutan pelajar-pelajar untuk bersekolah di luar Felda Jelai. Dengan terbinanya SMK Jelai (F) ini dapat memberikan pendidikan menengah kepada anak-anak peneroka disamping turut mengurangkan perbelanjaan menghantar anak-anak bersekolah di luar Felda Jelai ini.




    SMK Jelai (F) dibina pada 20 April 1987 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Jelai (F). Nama tersebut dipilih berdasarkan kedudukan sekolah ini di tengah-tengah Gugusan Felda Jelai. Jenis sekolah ini adalah Sekolah Menengah Rendah aliran atau bahasa penghantarnya Bahasa Melayu. Gerd sekolah ini ialah gred B sementara kod sekolah ini ialah NEA5056.

    PROGRAM PUSAT AKSES SEKOLAH (PuAS) BERSAMA KOMUNITI (EVERYONE CAN ACCES)-PENGGUNAAN INTERNET

  • Thursday 3 November 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:
  • KERJASAMA:
    -Pusat Jalur Lebar Felda Jelai
    -Bahagian Teknologi Pendidikan/ Pusat Kegiatan Guru Gemas

    Tarikh: 22 Oktober 2011 (Sabtu)
    Masa : 3.00 -6.00 petang
    Tempat : Pusat Akses & Makmal Komputer SMK Jelai (F)

    Tentatif Program
    2.30-3.00 ptg – Kehadiran & Pendaftaran
    3.00-3.15 ptg –Ucapan Pengetua, Ucapan Perasmian
    2.30-3.00 ptg –Program Latihan
    ·         Pengenalan kepada Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox
    ·         Pengenalan kepada ‘Search Engine’ seperti Google, Yahoo!, Bing, Ask
    ·         Taklimat ringkas tentang cara penggunaan internet
    ·         Melayari laman web berkaitan dengan felda dan Koperasi Felda
    5.00-5.30 ptg –Latihan dan kuiz “Siapa Cepat Dia Dapat”
    5.30-5.45 ptg –Penyampaian sijil dan cenderahati
    5.45-6.00 ptg –Jamuan ringan

    Rasional Program ini dijalankan:
    Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan satu dari pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Ramai pelajar dilihat amat berminat dan cenderung dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Selain daripada membestarikan sekolah, komuniti turut digalakkan untuk menimba ilmu dalam bidang ICT. Ini kerana, ICT merupakan tunjang utama dalam hampir semua bidang dan kemudahan. Pendedahan kepada asas menggunakan internet diberi kepada warga Komuniti Felda Jelai sebagai ilmu pengetahuan yang akan digunakan dalam kehidupan harian mereka.

    Objektif Program ini pula:
    • Memberi pendedahan tentang penggunaan internet kepada komuniti Felda Jelai
    •  Memperkenalkan kemudahan yang terdapat di Pusat Akses
    •  Memberi maklumat berkaitan Koperasi Felda dan produk-produk yang dihasilkan oleh Felda Jelai.


    Program ini juga turut dibantu oleh:
    •  Unit ICT SMK JELAI (F)
    • Team Maxis Cyberkids Club SMK JELAI (F)


    Semasa Program berlangsung:





    Jarak Bandar (KM)

  • Tuesday 1 November 2011
  • Komuniti Felda Jelai
  • Labels:
  • senarai jarak Felda Jelai ke bandar-bandar yang berhampiran di ngeri sembilan

    1. Felda Jelai ke bandar Gemas = 30KM
    2. Felda Jelai ke bandar Rompin = 28KM
    3. Felda Jelai ke bandar Tampin = 43KM
    4. Felda Jelai ke bandar Rembau = 51KM
    5. Felda Jelai ke bandar Seremban = 70KM
    6. Felda Jelai ke bandar bahau = 20KM
    dengan adanya perjalan ini kemungkinan anda boleh mengatur masa untuk sampai ke tempat yang anda tuju dengan baik.^_^
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...